...............................................

...............................................
الفقير إلى الله مسافر في أرض الله و سيروا على بركة الله

Al faqir ilaLLAH, Musafir fii ArdhiLLAH , Siiru 'ala BarakatiLLAH





Thursday, September 30, 2010

Cerita seorang sahabat...

Assalamualaikum

Semoga kala antum semua membaca blog abumujahid alfaqiru ilaLLAH ini.. antum sihat dan wal'afiat dengan 'inayah dan ri'ayah daripadaNYA...

Titipan sekadar mengisi ruang masa yang sedikit terluang ini sebelum diri melangkah masuk ke kelas pukul 830 pagi nanti...cerita yang tiada penghujung abumujahid dengar dari seorang kenalan di sekolah... hari2 kalau jumpa dengannya pasti akan bercerita tentang serangan yang dihadapinya dari penyihir dan saka dikalangan ahli keluarganya sendiri... muak juga abumujahid nk dengar .. tapi terdetik sedikit belas kasihan untuk dia.. perkara yg dititipkan sebagai tazkirah buat diri abumujahid dan dirinya..

pertama yang dirasakan perlu diberikan ialah santapan rohaninya yang perlu diperkukuhkan dengan aqidah murni Baginda RasuluLLAH SAW...

kedua memastikan dirinya sentiasa dalam zikruLLAH...

ketiga membiarkan dirinya dapat bezakan antara amalan2 haq dan bathil supaya hatinya lebih gigih mempertahankan yang Haq..

keempat memberi kefahaman bahawa semua gangguan yang dihadapi samada sihir, sakabaka, serangan2 yang dihadapi adalah diantara operasi kecil dajjal la'natuLLAH alaihim... supaya manusia menyibukkan diri untuk beres daripada masalah yg dihadapi senhingga lupa tugas kita sebagai Khalifah ALLAh dan hambaNYA di bumi ini...

kelima memberi jaminan sebagaimana jaminan Baginda RasuluLLAH terhadap sahabiah yang berhadapan dengan masalah sawan ( akibat perbuat jin) bahawa jika dia bersabar maka ganjaran syurga menantinya di akhirat nanti....

Sebenarnya... semua peristiwa yang abumujahid hadapi bersama sahabat tadi adalah bimbingan ALLAH untuk abumujahid kekal dan thabat dalam rawatan diri sendiri supaya pengharapan dan doa hanya senya kepada ALLAH SWT shj... manusia banyak harapan dan kehendak yang tidak layak dipohon kecuali hanya kepada yang Maha ESA.... tetapi jarang sekali berlaku begitu dimana pengharapan kadang disyarikatkan juga kepada perawat2...

ALLAHumma Thabbitna 'ala diniKA wa 'ala ThoatiKA birakmatiKA ya arhamarRAHImin...

sekian dulu buat kali ini....

BarakaLLAHU fikum wa lakum wa 'alaikum

Saturday, September 18, 2010

Bahana niat yang terpesong....

Assalamualaikum dan salam Syawal buat semua pembaca blog..

Abumujahid mengucapkan selamat berpuasa enam dan kiranya terlewat memohon maaf dan ampun daripada semua yang mengenali hamba ALLAH yang jahil ini... Dipohon ampun dan maaf zahir dan batin daripada semua..

AlhamduliLLAH sepanjang bercuti di Kelantan iaitu seminggu akhir Ramadhan dan seminggu awal Syawal.. abumujahid banyak habiskan masa untuk rehat2 sambil mengisi peluang bulan2 yang mulia ini untuk mengejar rahmat ALLAH diakhir Ramadhan dan mengecapi syawal dengan menziarahi sanak saudara... walaupun agak ramai yang menalifon untuk tujuan rawatan.. abumujahid hanya sempat bertemu dengan satu keluarga sahaja.. sekadar tengok2...

 Ingin dikongsikan bersama sidang pembaca sekalian.. samada anda perawat mahupun org awam.. kesedaran beramal LILLAH sangatlah penting... kerana amal mengejar fadhilat atau amal kerana inginkan ilmu2 hikmah pasti akan menemui kebuntuan hidup ataupun kerugian..

Ramai dikalangan kita ( tidak semua)  beramal untuk kuat misalnya.. atau untuk dikasihi ramai contohnya... atau apa2 lah amalan.. tanpa peduli atau ambil berat tentang 'niat'.. akhirnya.. semasa umur tua membawa bencana ..

Contoh yang boleh abumujahid bawa kali ini berkaitan pesakit berusia hampir 75 thn.. kategori sekejap2 nyanyuk... kejep2 kuat( sihat tubuh badan)... makan sempurna.. time waktu solat boleh pula lupa ... cemburu berapi2... dll.. bila didoakan kesembuhan dan disediakan limau untuk mandian... tiba2 esoknya.. buat hal yg memalukan dirinya... astagfiruLLAH.. org macam ni bila diusulkan kepada yang lebih arif... beliau menjawab.. banyak kes kita hanya perlu sediakan air jampi saja( selawat, ayat 5 dll).. silap haribulan kalau di'tarik dengan kasar dan paksa boleh membawa pengakhiran' semua nya pasti  terjadi Qadar dan Qadar ALLAH...

Oleh itu abumujahid, sekadar mengingati diri sendiri... mendoakan agar dijauhkan dari amalan yang menjurus kepada terbitnya pintu2 memudahkan tusukan iblis dan kuncu2 dalam diri kita semua.. juga membuka laluan jin dan syaitan memasuki dan merasuki kita sebagai khalifah di bumi ALLAH ini... sehingga mencambahkan keturunan2 mereka menjadi pusaka ... sebagai pemudahbicara Dajjal merosakan akidah umat Islam dewasa ini..

Setakat ini dahulu bicara abumujahid.. baru shaja sampai ke Melaka dari Kelantan setelah drive selama hampir 12 jam... BarakaLLAHu lakum wa fiikum wa 'alaikum...

Assalamualaikum...

Siiruu 'Ala barakatiLLAH..

Para Pembaca budiman.

Blog abumujahid ini memaparkaan pandangan peribadi abumujahid. Segala yang dipaparkan akan dimuatkan sumber rujukan jika ia adalah daripada sumber tertentu. Moga-moga abumujahid dan pembaca sekalian boleh mengambil istifadah dan boleh juga menegur abumujahid dalam hal yang dikira salah dan bertentangan dengan usul aqidah mahupun syara'.

Moga tuan-tuan dan puan-puan mendapat barakah dari blog yang Naif dan dhaif ini. BarakaLLAHu fiikum.