...............................................

...............................................
الفقير إلى الله مسافر في أرض الله و سيروا على بركة الله

Al faqir ilaLLAH, Musafir fii ArdhiLLAH , Siiru 'ala BarakatiLLAH





Saturday, July 24, 2010

Artis dan FitnatudDajjal (2)

AlhamduliLLAH..

SalamuLLAH 'ala manittab'alhuda... amma ba'du..:


Sudah lama kisah dalam blog ini terabai... bukan diabaikan tetapi kekurangan masa untuk dicuri menyebabkan ia mudah berserawang dan tidak diziarahi.. masa itu milik ALLAH.. dikurniakan sedikit untuk abumujahid yang juga hamba ALLAH yang Faqir.. menukilkan sedikit  pendapat dan pandangan dengan ilmu yang setitis berbanding selautan luasnya ilmuNYA.. masya ALLAH

Sedih,sayu, marah, tercabar, takut.. gerun

Kalimah yang  boleh abumujahid gambarkan dengan perkembangan terkini zaman fitnah dajjjal... walaupun ia sudah dimulakan sejak lama dahulu.. tetapi fitnahnya sudah terlalu jelas bagi mereka yang berfikir...' afala tatafakkarun' ?

Artis.. satu nama yang sangat sinonim bagi menggambarkan fitnah dajjal.. kenapa? pada post lepas.. abumujahid telahpun bercerita tentang pemakaian artis.. sekarang elok kita melihat fitnah dajjal dalam filem2 dan lagu2 yang mana sudah jelas ia adalah fitnah yang sangat besar..

contoh:

1) hari ini lakonan filem2 jelas mengagungkan filem2 'holly wood' yang menggambarkan keamanan melalui cerita2 superman, batman, spiderman... atau tajuk2 lain .. cerita2 yang jelas mengagungkan amalan sihir juga dengan senang ditayangkan seperti filem Merlin dll.. sukar sabumujahid menggambarkan tajuk2 lain jesteru abumujahid kurang peka dengan filem2 itu.. tetapi.. bagaimana nasib anak2 dan generasi kita yang setiap hari terdedah menonton  filem2 seumpama ini..

Mereka menjadikan filem dan Tv dimana artis sebagai pelakunnya memberi ilusi , gambaran kurungan minda dan khayalan buat generasi umat Islam hari ini..

Lakonan dari artis dan pelakun dari kalangan umat Islam juga tidak segan silu menayangkan sunnah dajjal dalam filem2 orang melayu.. seberti tidak menutup aurat... boleh bersentuhan antara bukan mahram.. dll . Semua yang haram seumpama dihalalkan kerana kata mereka untuk memberi pengajaran melalui filem.... karut sekarutnya..

2) Bukan itu sahaja... Program zionis, freemason dan ala keyahudian masuk begitu pantas dalam program2 TV masyarakat malaysia... tanpa disekat.. kita lihat perkembangan hiburan seperti malaysian idol, bintang kecil, mentor dll program realiti sebenarnya menceduk sepenuhnya dari program Dajjal bagi melalaikan umat Islam dan melebur Iman mereka dalam keadaan mereka tidak sedar.. hari ini kalau abumujahid mengatakan artis2 malaysia kebanyakkan nya tidak sedar agenda Dajjal ini menjadikan mereka sebagai ejen dalam masyarakat nusantara hari ini..

Idola Agung .. baginda besar Nabi Muhammad SAW sudah tidak dihirau lagi.. kalau adapun mereka hanya mengucapkan dibibir sahaja.. hakikatnya.. fesyen kehidupan mereka terikut dengan budaya dajjal... buktinya.. tengok sahaja amalan pemakaian masyarakat Islam hari ini... sangat mudah mengubah dan diubah... contoh lagi..

a) rambut muda mudi hari ini... mengikut macam idola2 yahudi dan sekutunya.. ramai sekali malah dikalangan pelajar menular cara berambut ala becam...atau penyanyi2 korea dll.. berapa ramai nak mengikut sunnah RasuluLLAH dalam memakai ketayap ataupun serban dan jubah??? bila diajukan... ramai yang berkata 'not up to date' atau ketinggalan jaman

b) Pakaian muda mudi hari ini.. sudah tentu mengagungkan pakaian pemuka2 .. artis2.. dan artis2 ini pula dicanang dan di bentuk untuk menjadi idola umat akhir zaman... pakain sendat bagi perempuan... malah kalau bertudung pun hendak yang sendat2... sudah tiada rasa untuk menilik bagaimana asuhan sunnah Rasulullah dalam konsep pemakaian muslim yang hakiki...


3) Fitnah dajjal juga menggunakan artis2 yang kurang peka ini dengan menggambarkan Islam itu Terroris.. orang arab dengan sifat bengis dan kurang ajarnya...atau kalau dalam negara kita pula gambaran cerita dimana org yang bertudung dengan sifat yang kurang mulia.. terjebak dengan amalan agama sesat dlll... pemakaian serban kekadang membawa imej buruk seperti ketua ajaran sesat dll.. semua ini mendidik masyarakat Islam membenci golongan ulama dan pejuang menegakkan agama ALLAH di muka bumi ini..

Rasanya panjang benar posting kali ini... gambaran sedih abumujahid dengan suasana hari ini ... bagaimana ingin dididik generasi abumujahid untuk memiliki sifat2 pendokong agama yang dibawa oleh Saidina Muhammad SAW dan penyokong Imam Mahdi yang bakal muncul..

Apapun abumujahid mengundur diri dahulu..

Siiruu..'ala barakatiLLAH

Monday, July 12, 2010

Wajarkah pesakit kerasukan??

Assalamulaikum..

Lama tidak bercerita perihal rawatan.. memang abumujahid jarang merawat sekarang.. semakin belajar rasa dada kosong dari ilmu.. segan pulak nk merawat.. sekejap tadi ustaz Wan pass pesakit untuk dirawat.. macam biasa.. saranan guru supaya mengelakkan pesakit dari di rasuk menjadi pegangan dalam diari merawat abumujahid sekarang... alhamduliLLAH الله memberi seribu kemudahan kepada abumujahid..kerana:

Satu: Tidak perlu susah2 membuang masa mendengar pembohongan jin/syaitan.. sebab ramai perawat kata nk berdialog dgn jin yg merasuk boleh.. tapi nk percaya jangan sesekali.. kan lebih elok x payah berdialog.. terus elakkan dari dirasuk lebih baik kan??

Kedua: Perawat x pening2 kepala.. baca saja apa yang nk dibaca dari ayat2 jampi.. samada daripada Al Quran.. Hadis2 Nabawi atau dari jampi melayu.. asalkan tidak mengandungi makna syirik.. doakan kepada ALLAH supaya dikeluarkan penyakit yang menimpa pesakit.. tidak kiralah besar atau kecik penyakit itu.. hanya ALLAH jua penyembuhnya.

Ketiga: Lepas selesai.. bagilah penerangan amalan2 zikir, adab2 tidur dan tazkirah ringkas mengenai penghayatan Islam dalam corak kehidupan.. nak panjang pun tak apa.. kan dapat berdakwah kepada manusia.. daripada berdakwah kepada jin.. kita bukan tau setakat mana penipuan jin ni....

Apapun segala rawatan mesti ada kaedah yang betul... cara rawatan juga hendaklah bergantung kepada jenis poenyakit... pasti seorang Tabib bertanya jenis penyakit... simptom2nya dll.. barulah rawatan diteruskan..begitulah perawat.... janji jangan sampai berlaku kerasukan..

Jika berlaku kerasukan cepat2 sedarkan.. supaya 'hi Way' yang ada dalam diri seorang pesakit tidak terus terbuka luas,...kita tutup rapat2 supaya pesakit kuat dalam menghadapi ujian yg menimpa..

Apapun AhamduliLLAH.. rawatan sebentar tadi berjalan dengan ri'ayah dan 'inayah dari ALLAH SWT... moga posting kali ini tidak terselit unsur fitnah dan mengata.. hanya membuka jalan  dan ilmu kepada jiwa-jiwa almutmainnah... كونوا عباد الله الصالحين

اللهم إني أعوذ ك من عذاب القبر ومن عذاب النار
ومن فتنة المحي وممات
ومن فتنة المسيح الدجال

والسلام


Tuesday, July 6, 2010

Artis dan fitnah Dajjal (1)...

Assalamulaikum warahmatuLLAHi wa Barakatuh..

Tajuk pada kali ini agak kontroversi... sebab di luar sana ramai sekali peminat setia golongan yang bergelar artis.. tidak mahu sama sekali saya memburukkan mereka.. selagi hayat dikandung badan kita doakan mereka dikurniakan hidayat menuju ke jalan yang benar...

posting yang agak kesuntukan masa kali ini hanya nk bezakan antara fitnah dajjal pada artis..

Pertama: pakaian para artis...

agak2 kita brapa peratus pakaian artis ni bertepatan dengan sunnah dan cara pemakaian yang dianjurkan oleh Islam? rasanya hampir o % kita tidak nampak bahawa para artis memakai pakaian yang sesuai dengan kehendak Sunnah.. malah mereka ini elok dan selesa dengan pakaian yang mendedahkan aurat.. berpakaian ketat, jarang dan secara peribadi agak2 saya pakaian mereka seperti 'orang g***'  .. bila diajukan kepada pelajar saya.. terkedu mereka.. saya sesekali tidak menghina mereka sebagai manusia.. yang saya utarakan adalah corak pemakaian mereka sebenarnya membuatkan mereka tergolongan dalam golongan ajen2 pembawa fitnah dajjal dalam masyarakat.

Dimudahkan bicara pakaian mereka merebak dengan cepat dan ditiru oleh masyarakat Islam dari golongan muda mudi sehinggalah golongan dewasa... contoh yang boleh kita semua nampak dan nilai ialah.. kalau dulu tiada pemudi Islam yang berseluar pendek.. tapi sekarang dah boleh dilihat di jalan2 raya... jarang sudah perempuan nk pakai baju kurung kecuali nk ke majlis kenduri kahwin ataupun pejabat... sedih sungguh abumujahid melihat suasana begini...

Kedai2 baju juga tidak ketinggalan menjual baju2 yang mirip2 pakaian para artis.. laku dan laris sekali... petanda gelombang pemakaian artis ini sangat memberi kesan lonjakan yang maha hebat kepada fitnah dajjal... maka sekali lagi Dajjal yang masih belum mahu menunjukkan dirinya bertepuk tangan kerana dikalangan umat Islam sendiri fitnahnya sudah tersebar....

bersambung....

Saturday, July 3, 2010

Dajjal pada pakaian

Salamun 'alaikum..

Ya ALLAH jelmakan perasaan kepadaku untuk menjadi hambaMU dan Jadikanlah kami semua dikalangan umat Baginda Nabi Muhammad SAW.... yang tahu dah faham dengan agenda Dajjal dan Fitnah kehidupan dan kematian... moga2 kami tergolong dalam golongan mereka yang yang menjadi ansorMU.....

Dajjal satu nama yang sering diperkatakan ...hatta Baginda RasuluLLAH meninggalkan kepada kita doa pelindung dari fitnah dajjal yang dibaca selepas tahiyyat akhir dalam solat.. untuk kita amalkan kerana pesan baginda dalam sabdanya: " semenjak Adam diciptakan sampai berdirinya kiamat, tidak ada hal yang lebih besar dari fitnah dajjal' Riwayat muslim dalam sohehnya.

Hari ini.. abumujahid melihat fitnah dajjal sudah sampai ke fasa terakhir sebelum kelahirannya..melihat kepada fitnah saja sudah cukup menggerunkan... rumah2 muslim hari ini dipenuhi dengan fitnahnya.. keluar masuk tanpa sekatan.. cukup kali ini abumujahid membawa pembaca semua melihat fenomena manusia berpakaian tetapi bertelanjang.. fasa genting ini akhirnya membadai muda mudi Islam sehingga ada yang tidak lagi rasa bersalah pabila berpakaian sendat, nipis, singkat membuka aurat  dan mungkin istilah baru bagi abumujahid ialah membungkus aurat.. berleluasa...


Yahudi dan sekutunya bertepuk tangan .. melihat umat Islam hari ini mempertahankan pakaian2 pencabul syariat ALLAH.. bila ditegur.. pasti kita lihat pelbagai alasan yang diberikan oleh umat Islam yang seakan2 dicucuk hidungnya.. mempertahankan cara pemakaian mereka adalah 'up to date'.. dan golongan yang menegur adalah golongan yang kolot....na'uzubiLLAH min zalik..


Sahabat dan pembaca budiman...

Majalah2 spt majalah remaja,urtv, mangga dll yg x mampu abumujahid sebut pada posting kali ini merupakan salah satu ajen daripada ajen2 durjana kepada umat Islam hari ini.. begitu juga dengan hidangan bahan lucah yang berleluasa.. menjadikan remaja hari ini cukup mudah tumbang imannya... binasa akhlaknya.. berjenama Islam.. tetapi kualitinya munafiq, fasik, 'asi bahkan ada dikalangan muslim muslimah hari ini kufur  ... na'uzubillah min zalik.

Ingatlah saudara..pandanglah sekeliling kita.. tengok bagaimana pakaian isteri2 kita, renunglah pakaian anak2 perempuan kita, murid2 perempuan kita.. nah.. anda akan lihat mereka menyarung seluar ketat.. memakai baju 'adik' .. bertudung yang melekat di dada.. pelbagai fesyen 'muslimah'... dan kita suami2, ayah2, abang2, guru2.. melihat dengan mulut yang terkunci.. terkeliru untuk menegur ..

Kerana itulah yang dikenali dengan fitnah.. kita terfitnah kerana zaman fitnah dajjal dan eranya berakhir bila munculnya dajjal... dan sekarang barah2 fitnatuddajal menjalar kepelusok minda dan pengangan uamat Islam, menjajah dan meratah umat ini..

Ya ALLAH hindarilah kami dari Fitnah alam kubur dan seksaannya, jua hindari kami dari azab api neraka.. Jauhi kami dari fitnah kehidupan dan kematian.. jua dari fitnah masihuddajal...


BarakaLLAHU fiikum.. wassalam

Para Pembaca budiman.

Blog abumujahid ini memaparkaan pandangan peribadi abumujahid. Segala yang dipaparkan akan dimuatkan sumber rujukan jika ia adalah daripada sumber tertentu. Moga-moga abumujahid dan pembaca sekalian boleh mengambil istifadah dan boleh juga menegur abumujahid dalam hal yang dikira salah dan bertentangan dengan usul aqidah mahupun syara'.

Moga tuan-tuan dan puan-puan mendapat barakah dari blog yang Naif dan dhaif ini. BarakaLLAHu fiikum.