...............................................

...............................................
الفقير إلى الله مسافر في أرض الله و سيروا على بركة الله

Al faqir ilaLLAH, Musafir fii ArdhiLLAH , Siiru 'ala BarakatiLLAH





Saturday, April 24, 2010

Pastikan rumah anda berpagar 2

Assalamualaikum

AlhamduliLLAH.. bersambung lagi kita diruang blog yang terhad ini.. ingin sekali abumujahid berkongsi tentang pagar rumah.. kadang rumah sendiri pun x berpagar.. apapun semuga menjadi ingatan kepada diri sendiri dan para sahabat diluar sana..

tuan2 dan puan2

Tepat sekali kalau kita mengatakan serahkan sahaja kepada ALLAH.. insya ALLAH x akan ada yg mengacau atau menggangu.. saya setuju sekali dengan kenyataan begitu" janji kita ada kekuatan YAKIN kepda yg Maha KUasa.."

Tapi apa salahnya kita bersedia dan berusaha menjadikan rumah kita berpagar daripada dimasuki oleh unsur2 yang buruk.. NauzubiLLAH minzalik..

Ok lah saya rasa tuan2 boleh melihat dan meninjau2 ruangan blog otai2 dalam rawatan...sudah pasti di sana tersedia ada cara2 dan teknik2 untuk memagar rumah.. ada yg menggunakan bahan2 seperti garam, lada hitam, ada juga sekadar menggunakan air mutlak.. x kurang yang memagar rumah dengan menggunakan ma'rifat dan niat sahaja... selagi tidak ada dalil mengharamkannya insya ALLAH masih harus digunakan..

Yang pasti .. kita berusaha dan yakin kepada ALLAH tuhan sekalian kejadian.. kalau abumujahid.. selesa dengan kaedah pagar menggunakan air dan dispray atau direnjis.. bacalah apa saja bacaan yg kita hafal.. janji tidak tersyirik dengan Syariah Islamiah yang asal.. pastikan juga semasa menyediakan bahan2 untuk pagar itu dengan bacaan yang disertai doa .. moga2 tidak mengundang khadam dll..

Apa saja niat.. pastikan kita ketengahkan Kerana ALLAH .. barulah munjulkan tujuannya untuk memagar rumah dll..

Sebelum ritual memagar rumah anda.. elok dibersihkan dulu 'benda' yg menghuni atau tersalah masuk rumah.. caranya perlu tanya yg mahir.. abumujahid sekadar pemudah bicara.. sesudah dibersihkan... barulah teknik2 mistik tuan2 untuk memagar dilakukan.. insya ALLAH.. selagi kita berpegang teguh dengan ajaran yang dibawa ol;eh Baginda RasuluLLAH.. selagi itu pagar tidak roboh.. dan kita kena pastikan penyebab pagar roboh tidak dilanggar.. supaya natijah daripada amalan pagar rumah 'menjadi'... Insya ALLAH akan disambung bila masa terluang..

apapun BarakaLLAHu fiikum...

Wassalam

Wednesday, April 21, 2010

Tazkirah buat abumujahid...

Assalamualaikum

Mungkin diari abumujahid sejak akhir2 ini terabai seabainya.. ketiadaan sumber online menyebabkan ia terabai.. urusan2 dunia yg bertambah mnyebabkan abumujahid x berkesempatan untuk meng'update' blog sendiri.. tapi alhamduliLLAH masih sempat mengikuti perkembangan berita2 dunia, setempat dan khususnya berkaitan dengan dunia pembelajaran rawatan yg abumujahid baru aje ceburi...

Pada abumujahid.. apa-apa perkara pun jika masih " tidak menjadi kudis" ( pinjam kata2 org lama) maka usah peduli dengan berita atau apa yg kita baca dari para blogger yg berpengalaman... sebab berbeza pendapat atau pandangan itu adat dalam kehidupan.. selagi tidak bercanggah dengan Al Quran dan As Sunnah.. x usah mempertikai atau dipertikai.. hormati adat dan adab ilmu.. moga kita semua mendapat ilmu dan keberkatan dari yang Maha Kuasa..

Sehingga ada satu mesej yg terpampang di shoutmix chat  abumujahid sedikit mencerminkan sifat kita semua sebagai mualij atau perawat..  Apapun pada saya yang dangkal dengan ilmu ini amat mengharapkan semua sahabat2 samada mualij ataupun tidak... usah diperbesarkan isu2 yg kecil.. selagi tidak menjadi kudis biarlah.. biarlah isu2 yg 'kecil' hilang begitu sahaja..

Rasanya sangat tidak layak abumujahid bercerita ttg perkara sebegini.. tetapi sebagai saudara seIslam elok juga menjadi panduan dan pedoman abumujahid sendiri..dan khususnya sebagai tazkirah yg diselit dalam hati kecil... moga2 kita mampu menjadikan Ukhuwwah Islamiyyah asas dalam perhubungan kita.

Jika posting kali ini menyebabkan ada insan yg terasa hati.. abumujahid menyusun jari memohon kemaafan.. Jom kita martabatkan pencarian ilmu dan jom kita pastikan ianya tidak terseleweng dari kehendak Aqidah dan Syariat yang mantop...Koreksi diri afdhal daripada menuding jari ke arah org lain..

Apapun.. Siiruu 'ala BarakatiLLAH wa ri'ayatiLLAH

AstaghfiruLLAH Lii wa Lakum

Wassalam

Wednesday, April 7, 2010

Pastikan rumah anada berpagar...

Assalamualaikum..

Macam terabai saja blog ini.. jadi sudilah membaca kisahnya...

Baru sekejap tadi guru saya telefon bertanyakan perihal zaujah saya yang terasuk separa sedar semalam.. petangnya zaujah mengadu berdebar2.. kiranya itu simptom utama kalau terkena gangguan... setelah dibaca aurad pembuka amalam dan selawat azimiah... badanya mula terhuyung hayang.. dan terasuklah dia dek makhluk yg x dapat discan oleh saya yg dhaif ini..

Talian hayat dicapai dan kata putus diperolehi bahawa gangguan yg mengganggu zaujah saya adalah barang lama... agak terpikir juga saya.. setakat tau barang lama dah beransur x ada.. apapun bila guru talifon tadi baru dapat mengangak bahawa barang 'lama' itu mengikut ( tabi') balik ketika sy berkunjung ke rumah seorang pesakit bagi merawatnya biizniLLAH

Selesai  berborak.. tok guru saya mencadangkan agar buat pagar rumah.. dah hampir 3 minggu rumah x berpagar.. insya ALLAH akan malam ni misi ala mistik akan dilaksanakan.. asalkan penyerahan kepada ALLAH aula.. dan asalkan tidak terkeluar batas syara' saya akan lakukan.. apa misi itu??.. nanti kalau diizinkan saya akan bercerita nanti.. wassalam..

nk masuk kelas dulu..

Para Pembaca budiman.

Blog abumujahid ini memaparkaan pandangan peribadi abumujahid. Segala yang dipaparkan akan dimuatkan sumber rujukan jika ia adalah daripada sumber tertentu. Moga-moga abumujahid dan pembaca sekalian boleh mengambil istifadah dan boleh juga menegur abumujahid dalam hal yang dikira salah dan bertentangan dengan usul aqidah mahupun syara'.

Moga tuan-tuan dan puan-puan mendapat barakah dari blog yang Naif dan dhaif ini. BarakaLLAHu fiikum.