...............................................

...............................................
الفقير إلى الله مسافر في أرض الله و سيروا على بركة الله

Al faqir ilaLLAH, Musafir fii ArdhiLLAH , Siiru 'ala BarakatiLLAH





Friday, February 26, 2010

Rehat sekejap

Assalamualikum semua..

Saya terpaksa berhenti rehat sekejap berblog.. Laptop rosak.. mungkin 2 minggu baru siap baiki..

Sekian

Monday, February 22, 2010

Pertukaran Pusat Terapi Islam Al Fatah


TERAPI ISLAM AL FATAH
(TIAF)
Ikhtiar Dalam Mencuba, Berserah Dalam Berusaha

Akan dibuka pada Mac 2010
Bertempat di:

18-1 Jalan Seri Emas 5,
Taman Seri Telok Emas
Telok Mas
75460 Melaka

( Tingkat 1 bersebelahan dengan
Pejabat Pos Telok Mas, Melaka)

moga2 semua yang dirancang menjadi kenyataan dan diberkati ALLAH SWT.. amin ya rabb..

Friday, February 19, 2010

Kuliah Mingguan Di TIAF - makluman awal ( bayangan)

Assalamualaikum

Sebagai muqaddimah maklumat awal (bayangan) tentang kuliah rawatan Islam yang akan diadakan di Pusat TIAF yang akan berpindah dari Bachang ke Telok Mas:

Penyampai Kuliah : Ustaz Wan Asrul Wan Husin

Masa : Hari Minggu sejam 1/2 jam ( cadangan hari sabtu malam ahad)

Tempat : 18-1 Jalan Seri Emas 5,
Taman Seri Telok Emas
Telok Mas
75460 Melaka
( Tingkat 1 bersebelahan dengan Pejabat Pos Telok Mas, Melaka)

Bila bermula?
Insya ALLAH awal bulan Mac 2010

Bayaran : RM xx,99 sen sebulan ( sekadar untuk bayaran sewa kedai, elektrik, makanan ringan selepas kuliah dan duit minyak kereta penceramah)

Tempat : amat2 terhad kepada 30 orang sahaja.

Topik yang disentuh : Perihal menjadi perawat dan amalan2, Sihir dan permasalahan, Santau, Busung, Saka, Ilmu pengasih dll, ( silibus dikemaskini oleh TIAF)

Segala persoalan atau ingin menempah tempat( mmg terhad ni), boleh kita rujuk Pengasas TIAF sendiri di talian :019 - 6727627 / 019 - 6727626

Insya ALLAH, saya doakan perjalanan kuliah rawatan Islam ini akan berjaya dengan jayanya.. moga2 boleh memartabatkan kaedah rawatan yang bebas drpd unsur2 syirik..

Tunggu Iklan dan maklumat lengkap daripada TIAF sendiri. 

Wassalam

Monday, February 15, 2010

Bismillah 6

Assalamualaikum

Moga dapat dikongsi bersama ejaan bismillah 6 ini dalam tulisan arabnya..dan juga terjemahannya.. moga dapat istifadah daripadanya..

Bismillah 6

بسم الله السَميعِ البَصِيرِ الّذي ليس كمثله شيء وهو على كل شيءٍ عَليم

بسم الله الخَلاَّ قِ العَليم الذي ليس كمثله شيء وهو الفتَّاح العليم

بسم الله الذي ليس كمثله شيء وهو العليم الخبير

بسم الله الذي ليس كمثله شيء وهو الحليم القدير

بسم الله العزيز الكريم الذي ليس كمثله شيء وهو العزيز الكريم

بسم الله الغفور الرحيم الذي ليس كمثله شيء وهو الغفور الرحيم

فالله خيرٌ حَافظا وهو أرحمُ الراحمين

و صلى الله على سيدنا محمد و على آله وصحبه أجمعين

 Artinya:

Dgn nama Allah Maha Mendengar, Maha Melihat yang tiada seumpama denganNya sesuatu pun dan DIA bagi segala sesuatu amat mengetahui.

Dgn nama Allah, Maha Pencipta, Maha Berilmu yg tiada seumpama denganNya sesuatu pun dan DIA Maha Pembuka Maha Berilmu.

Dgn nama Allah yang tiada seumpama denganNya sesuatu pun dan DIA Maha Berilmu dan Maha Mengetaui.

Dgn nama Allah yg tiada semisal denganNya sesuatu pun dan DIA Maha berilmu dan Maha Berkuasa

Dgn nama Allah yang Maha Perkasa dan Maha Mulia yg tiada seumpama denganNya sesuatu pun dan DIA Maha Perkasa dan Maha Mulia.

Dgn nama Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang yg tiada seumpama denganNya sesuatu pun dan DIA Maha Pengampun dan Maha Penyayang

Maka Allah sebaik-baik Pemelihara dan DIA menyayangi orang-orang yang penyayang.

Selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga dan sahabat Baginda dan keselamatan.


*Paling kurang bagi yang tidak berijazah amalkan 3x pagi 3x malam moga-moga Allah memberi kelebihan Bismillah 6 kepada kita tanpa kita minta.. Insya ALLAH Ya Karim.  
   
atau layari : http://www.scribd.com/doc/4168732/bismillah-6-

Wassalam

Saturday, February 13, 2010

Lagi pasal NIAT

Assalamualaikum semua

Suasana kampung di Kelantan yang cukup membangkit selera saya untuk menulis pada hari ini.. Alhamdulillah dengan kurniaan sihat yang makin bertambah.. maka moga akan bertambah kumpulan zikir kepada Yang Maha Esa harapnya... setelah agak lama jugak berada dalam sirrr...

Ramai juga bertanya saya perihal Nurunnubuwwah, padahal saya x layak untuk menjawab..lagipun sesiapa yang nak ijazah Nurunnubuwwah boleh terima dari tok Belagak..:)

pada saya doa lah apapun.. asalkan keyakinan kita mantap.. maka sudah tentu tahap untuk dimaqbulkan adalah lebih... usah disebut doa Nurunnubuwwah ke, Khatamunnubuwwah, Doa Nur ke, ayat 5 ke , ayat 6 ke, .. yang paling penting adalah NIAT.

Guru saya selalu berseloroh... ustaz x payah susah2 .. pakai niat aje insya ALLAH sembuh..setelah berkali beliau berseloroh begitu.. sehingga saya mengambil ia sebagai amanat dan pengajaran.. Jesteru sudah pasti saya mencuba .. alhamduliLLAH.. pakai niat juga boleh menjadi biizniLLAH..

Mungkin ada yang kata merawat menggunakan ma'rifat.. sy x pasti macamana menggunakan ma'rifat.. jahil betul saya kan?

Sekadar mengingatkan diri sendiri tentang 'Quwwatunniah'( kekuatan niat) , yang semmgnya memainkan peranan..

pertamanya untuk meletakkan diri kita sebagai hamba yang tiada daya upaya,

keduanya adalah untuk meletakkan pergantungan kita hanya senya kepada ALLAH,

ketiganya memperkukuhkan i'tiqad kita bahawa semua yang wujud din dunia ini, samada baik ataupun buruk sebenarnya datang dari Pencipta yang maha Khaliq, Maha Barii'.. mudah bukan?

Maka sudah tentu kita menjadi makhluq yang redha dengan Qada' dan Qadarnya sambil tidak menafikan konsep ikhtiar...

Baiklah sekadar ini dulu catatan dari hamba yang jahil ini, moga dibukakan pintu2 ilmu yang x terhingga luasnya.. Siiruu 'ala BarakatiLLAH...

Wassalamualaikum..

Wednesday, February 10, 2010

Doa Nurunnubuwwah..

Assalamualaikum..

AlhamduliLLAH pujian kepada ALLAH SWT yang masih mengerakkan turun naik nafas hamba lantas berfungsi juga anggota badan sebelum kembali kepada asal...

Di sini saya ingin berkongsi sedikit pengalaman menggunakan doa Nurunnubuwwah dalam merawat biizniLLAH..

Hampir 3 hari dan beberapa hari sebelumnya ALLAH menguji saya dengan batuk2 dan selsema yg agak teruk.. dalam masa yg sama ada di kalangan hamba2 ALLAH pula diuji dengan sakit2 rasukan dll... dalam usaha memulihkan mereka saya 'terpaksa' bersedia untuk menjadi perawat biizniLLAH jua...

Dalam keaadaan kesihatan yang sebegitu.. mustahil saya boleh meruqyah dengan menggunakan masa yg panjang... atau membaca ayat2 yg panjang dan lama.. jadi terdetik untuk menggunakan doa Nurunnubuwwah dalam sesi rawatan.. alhamduliLLAH.. banyak juga ujian yg diberikan kepada saya kerana hampir semua rawatan dapat dipendekkan masa rawatannya.. bersyukur kepada ALLAH yang jua Penyembuh segala penyakit..

Cuma di sini teknik penggunaan Doa Nurunnubuwwah yang perlu diterangkan.. dan rasanya belum sampai masanya untuk saya kongsikan/ceritakan. Saya cuba untuk berkongsi pada suatu masa nanti,tetapi eloklah tuan puan bertanya kepada mereka yang lebih ariff dahulu....

Disamping itu, penggunaan 7 salamun juga memudahkan kes dikendalikan.. BiizniLLAH jua.. Carilah.. galilah.. in sya ALLAH akan ketemu penyembuhan yg sebenar kerana semua sakit dan kesembuhan dari ALLAH jua..

Wassalam

Wednesday, February 3, 2010

Kenapa MALAS beramal (2)

Assalamualaikum

Ikhwani wa Akhawati,

Agak-agak saya sudah 3 hari kursus yang dianjurkan TIAF berlalu, izinkan saya berkongsi sedikit ilmu dalam kursus tersebut, Ustaz Wan Asrul ada menerangkan sebab kenapa kita MALAS beramal, saya rasa elok dikongsikan apa yg di bicangkan bersama sedikit penambahan dr saya yang jahil ini, semoga ia menjadi tazkirah kepada diri2 yang malas..

Antara yang disebutkan ialah:

Satu : Setiap manusia akan tidur malam secara fitrahnya, berapa ramai yang apabila bangkit drpd tidurnya mengucapkan ALHAMDULILLAH.. setelah dihidupkan kembali daripada mati kecil? Atau membaca doa bangkit drpd tidur... kalau tidak maka ikatan pertama Iblis terhadap manusia tiadak akan terbuka. Nescaya kita tertimpa dengan rasa malas untuk beramal.

dua : Apabila melangkah ke tandas.. berapa ramai pulak dikalangan kita yang memasuki rumah kecil itu dengan membaca doa, melangkah dengan kaki kiri dan menutup kepala serta cara beristinjak yg betul?? tepuklah dada tanya amalan harian kita itu, jika kita tidak menjaga adab2 ke tandas ini, maka bertambahlah halangan untuk beramal.. maka tersangat elok kalau kita menjaga dan mempelajari adab2 ke tandas..

tiga : ada kalangan kita yg tidak melaksanakan rukun Islam yg utama iaitu solat.. maka sudah tentu wuduk juga tidak diambil, bagaimana ingin ia memutuskan ikatan2 yg terikat dek syaitan bagi yg tidur tidak dengan doa dan adab2nya... MasyaALLAH besar sungguh fadhilat bagi mereka yg mengamalkan sunnah RasuluLLAH SAW.

empat : seperti yg di bicarakan dalam post Kenapa MALAS beramal...

Rasanya cukup dulu setakat ini, moga menjadi ingatan kepada tuan penulis juga tazkirah kepada rakan2 diluar sana.. jadilah sunnah Baginda RasuluLLAH sebagai pedoman kerana dalamnya terkandung rahsia2 yang besar..

Siiru 'ala BarakatiLLAH....

Wassalamu..

Monday, February 1, 2010

Sehari di Masjid Al' Azim bersama ustaz Wan.. Tahniah.

Assalamualaikum semua,

الحمد لله رب العالمين, والعاقبة للمتقين, والصلاة والسلام على سيدنا محمد و على آله وأصحابه أجمعين, اللهم اغفرلنا ذنوبنا ولإخواننا الذين سبقونا بالإيمان ولا تجعل في قلوبنا غلا للذين ءامنوا إنك رؤوف رحيم 

AlhamduliLLAH, setinggi2 kesyukuran diucapkan ke hadrat Ilahi,fi kulli lamhatin wa nafasin ‘adadama wasi’ahu ilmuLLAH dengan inayah dan hidayahNYA, maka selesai sudah kursus Sihir & permasalahannya dan cara rawatan yang diadakan di bilik kuliah masjid Al 'Azim Melaka. Mabruk buat akh. Guru saya Ustaz Wan Asrul Affendi Wan Hussin berjaya menganjurkan sepenuhnya kursus tersebut.

Dek kecemburuan masa, walaupun silibus kursus yang dibentang dapat di kongsi bersama semua peserta, masih banyak mutiara ilmu yang  belum dicungkil, sehinggakan ramai sekali peserta umpama tidak mahu berganjak dari bilik kuliahdan  terpaku dengan patah2 bicara Ustaz.

Semoga semua peserta kursus, khususnya saya sendiri yg jahil ini dapat mengambil istifadah daripada kandungandan bicara ilmu yang disamaikan oleh tuan penceramah. Saya doakan kita semua dipermudahkan segala urusan, dalam keadaan sihat tubuh badan dan hati... sebilangan kerdipan mata maklukMU ya ALLAH dan nafas keluar masuk makhlukMU Ya RAHMAN jua sebilangan ciptaan makhlukMU Ya RAHIM ....Amin ya Rabbal 'Alamin

Siiruu 'ala BarakatiLLAH..

Wassaalamualaikum..

Para Pembaca budiman.

Blog abumujahid ini memaparkaan pandangan peribadi abumujahid. Segala yang dipaparkan akan dimuatkan sumber rujukan jika ia adalah daripada sumber tertentu. Moga-moga abumujahid dan pembaca sekalian boleh mengambil istifadah dan boleh juga menegur abumujahid dalam hal yang dikira salah dan bertentangan dengan usul aqidah mahupun syara'.

Moga tuan-tuan dan puan-puan mendapat barakah dari blog yang Naif dan dhaif ini. BarakaLLAHu fiikum.